- Isteri luah rasa kecewa dibelasah teruk oleh suaminya (mualaf).
- Gusi anak pecah akibat ditendang bapanya di bahagian muka ketika merayu lelaki itu berhenti memukul ibunya.
- Pernah lafazkan cerai tiga kali, namun tidak mengaku bila dibawa ke mahkamah
- Mangsa diperlakukan seperti binatang dan pelacur.
- Pernah dipaksa menjilat kemaluan anak sendiri di depan mata suami
- Sebulan buat laporan polis namun tiada tindakan
TANGKAK, JOHOR - Seorang surirumah mendakwa dia dan anaknya telah dikasari oleh suaminya(mualaf) sendiri dalam kejadian pertengahan bulan September lalu.
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa suaminya yang juga seorang pegawai kerajaan telah mengamuk sehingga mendatangkan kecederaan terhadap dirinya dan anak di kediaman mereka.
Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis pada 20 September. Namun sehingga kini mangsa mendakwa masih tiada tindakan yang diambil terhadap suaminya itu.
Dalam kejadian itu, mangsa telah dibaling dengan bakul baju, lehernya dicekik, ditampar, ditendang dan dipijak beberapa bahagian anggota badan sebelum keluar dari rumah.
"Saya dibaling dengan bakul baju, leher dicekiknya sekuat hati, pipi saya ditampar beberapa kali selain ditendang dan dipijak. Malah rambut saya ditarik dan diheret dari bilik utama hingga ke pintu pagar menyuruh saya keluar dari rumah.
Laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 20 September lalu. |
"Pada jam 11.30 malam, suami yang baru pulang membawa parang panjang dengan mulutnya berbau arak. Dia letak parang itu di leher dan menarik rambut saya. Beberapa minit kemudian dia menghempas dua buah laptop di kepala saya dan berkata dia mahu membunuh saya. Dia tidak mahu orang lain campur tangan dalam hal keluarga kami.
"Saya kemudian diheret ke ruang tamu dan pada masa yang sama anak lelaki saya berusia 2 tahun melutut di kaki dia merayu agar berhenti memukul saya," katanya.
Malangnya tindakan si kecil itu menyebabkan lelaki itu berang dan ditendang tepat di bahagian muka menyebabkan gusinya pecah.
Dalam luahan mangsa di Facebook pula mengatakan, dia telah dipukul bagaikan binatang berkali-kali tanpa belas kasihan. Malah perutnya dipijak ketika dia berada dalam pantang anak kedua.
"Semasa mengandung, dia duduk di atas perut saya yang mana kandungan sudah berusia 7 bulan. Lebih kejam, dia bermain dengan wanita lain di luar, dirakam dan ditunjukkan pada saya. Betapa kejamnya dia," katanya.
Dakwanya lagi, lelaki itu juga pernah memaksanya menjilat kemaluan anaknya di depan mata lelaki itu. Malah dia dipaksa menjilat tapak kaki lelaki itu selepas dibelasah seperti anjing.
Mangsa dan anaknya dikunci dalam rumah apabila lelaki itu keluar bekerja tanpa memberi sebarang makanan.
Mangsa kecewa orang ramai menyebelahi suaminya - Foto Netizen |
Meskipun begitu, sudah banyak peluang yang diberikan oleh mangsa kepada suaminya namun keadaan menjadi semakin teruk apabila bapanya dituduh menculik cucunya sendiri dan keluarganya juga dituduh sesat.
Mangsa juga mendakwa lelaki itu pernah melafazkan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali, namun tidak pernah mengaku dan bersumpah di mahkamah bagi menafikan tindakannya itu.
Wanita itu kini nekad, dia tidak akan kembali kepada lelaki itu dan berserah kepada Allah sahaja untuk menentukan nasib dirinya dan anak-anak selepas ini.
Justeru di media sosial, netizen bersimpati dengan nasib mangsa dan anak-anaknya. Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan yang jelas telah mendatangkan kecederaan kepada anak dan isterinya sendiri. Kredit- The Reporter
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...