Thursday 27 October 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai hampir 50,000 warga asing telah diberi kerakyatan sejak 2008

Enam daripada pemohon berumur bawah dari 21 tahun manakala baki 49,355 pemohon lain atas 21 tahun, kata menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam).

Chee Keong turut meminta pecahan pemohon mengikut jantina, umur, kerjaya dan pendapatan.

Kementerian memaklumkan sejumlah besar pemohon daripada Indonesia, diikuti India dan Kemboja.
Daripada jumlah tersebut, seramai 16,700 pemohon adalah lelaki manakala 32,661 pemohon adalah perempuan.
Dalam laporan lain di Sinar Harian pada Mac lalu, KDN memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).

Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.

Menurut kementerian itu lagi, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah seramai 10,828 orang.

Sumber: Says

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...