Wednesday 16 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam satu penganjuran parti seks bogel.

Menurutnya, beliau telah dihubungi oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam yang ingin menyiasat satu sebaran iklan mengenai penganjuran parti tersebut.

“Saya telah pun menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam mengenai perkara ini dan turut mendapat salinan iklan tersebut.

“Satu-satunya parti buih yang saya pernah terlibat ialah ketika saya memandikan anak kecil saya yang berumur tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau memohon agar orang ramai berhenti menghubungi beliau mengenai parti tersebut.

“Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka membaca berita ini, berhenti menelefon atau menghantar WhatsApp kepada saya.

“Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran,” katanya lagi.

Kredit: sinarharian.com.my

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...