Wednesday 16 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Image result for Amerul Affendi
PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Bagaimanapun, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

"Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.

"Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Amerul diminta mengulas tentang luahan perasaanya di laman sosial Twitter yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Kata pelakon filem Polis Evo ini, dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.

"Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pendapat dia tentang kepentingan media sosial, Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.

Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton. Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

"Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat," ujarnya.

Kredit: dakwatmerah.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...