Monday, 21 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


NETIZEN hari ini sudah berada di tahap hilang pertimbangan diri dan melampaui batas apabila lantang mencaci dan mengeji sesama manusia.

Lebih biadap, ada pula yang sanggup mendoakan kecelakaan seseorang meskipun bersaudara sesama Islam.

Demikian yang menimpa kepada seorang personaliti TV3, Izwan Azir Salleh apabila kerjayanya teruk dikritik dan disifatkan berdosa.

Walhal, netizen langsung tidak mengetahui skop kerja yang dilakukannya sehingga sanggup membuta tuli melemparkan tuduhan sedemikian.

Ini susulan, gambar miliknya yang tertera dengan ayat, “Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita FITNAH Insya’Allah NERAKA TEMPATNYA NANTI” tersebar menjadi viral.



Tidak sekadar itu, netizen turut menyifatkan gaji yang diterimanya haram.

Difahamkan, netizen melemparkan cacian itu berikutan tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.

Dek kerana itu, Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dikecam selain ada yang menyelarkannya sebagai binatang.


Sedangkan Izwan hanyalah pembaca dan bukanlah individu yang menulis laporan berkenaan.

Dalam hal seumpama ini tidak sepatutnya Izwan dipersalahkan mahupun dikeji kerana dia hanyalah indivdu yang menerima arahan daripada pihak majikan.

BACA JUGA:
Ayahanda Pekida Johor Beri Amaran Kepada Sultan Kelantan, Memang Biadap !

Oleh itu, berhentilah daripada mengaibkan dan mendoakan kecelakaan orang lain, kerana takut kelak anda pula yang merangkak di akhirat meminta maaf kepada Izwan. – MYNEWSHUB.CC

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...