Friday, 18 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


STATUS laman mikro Twitter seorang wanita yang berbunyi “Kalau wanita sanggup berkongsi batang suami (bermadu). Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menjadi viral beberapa hari lalu.

Menerusi status yang dimuat naik itu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu seolah-olah cuba meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.

Atau dalam erti kata lain wanita tersebut berang ‘dimadukan’ sehinggakan dia tergamak pula mempersoalkan hak seorang lelaki untuk berpoligami jika berkemampuan.

Malah pertanyaan “Suami sanggup tak kalau kongsi lubang isteri?” menunjukkan bahawa mentaliti individu itu sangat cetek sehingga cuba menghalalkan yang haram kerana hukumnya sudah jelas termaktub dalam ajaran Islam.

Tindakan wanita berkenaan membuat naik status berbaur lucah sedemikian ibarat menconteng arang ke muka sendiri dan seluruh kaum Hawa yang lain.

Status yang dimuat naik itu telah menerima respond yang memberangsangkan daripada pengguna laman mikro itu apabila ia diretweet lebih 400 kali dan lebih 1,000 favourites. – MYNEWSHUB.CC

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...