Tuesday 29 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bahawa terdapat pengumuman mengenai kenaikan kadar bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 25 peratus bermula Januari tahun depan.

JPJ, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan bahawa maklumat bahawa kononnya kadar bayaran LKM bagi semua jenis kenderaan bermula daripada 880cc dan ke atas adalah palsu, seperti mana tersebar meluas melalui media sosial termasuk aplikasi WhatApp baru-baru ini.

"Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar bayaran LKM kerana boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam. JPJ ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatApp yang tidak mempunyai sumber sah," menurut kenyataan itu.


JPJ juga menasihati orang ramai agar merujuk terus kepada JPJ sekiranya timbul sebarang kemusykilan serta tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Kredit: http://pejuangpakatan.blogspot.com/


Maklumat yang tersebar melalui WhatsApp mengenai kenaikan kadar bayaran lesen kenderaan motor.


Penafian Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi Kenderaan 880cc ke atas.





Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...