Thursday 3 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...

SHAH ALAM – Kumpulan baju merah akan turun padang 19 November ini selepas penganjur Bersih 5 berdegil untuk meneruskan hasrat mereka bagi menganjurkan himpunan di ibu kota.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, sekiranya Bersih 5 mengingkari arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya tidak akan teragak-agak turut turun padang bagi menghalang himpunan tersebut.

“Kami setuju dengan arahan Timbalan Perdana Menteri kerana baju merah adalah kumpulan yang pertahankan sistem demokrasi berperlembagaan.

“Namun, jika Bersih 5 masih meneruskan niat mereka, kami akan turun pada waktu, tarikh dan masa sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa penganjur himpunan Bersih 5 dan kumpulan baju merah tidak dibenarkan berhimpun dan akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya berbuat demikian.

Dalam pada itu, Jamal menegaskan bahawa pihaknya turun padang bukannya disebabkan oleh tidak percaya dengan keupayaan pihak berkuasa namun kumpulan Bersih didakwa dengan sengaja akan mencetuskan provokasi dan melanggar undang-undang serta Akta Perhimpunan Aman (APA).

“Walaupun kumpulan baju merah dilabel sebagai gengster dan sebagainya, namun Bersih secara jelas telah menghasut rakyat supaya tidak lagi mempercayai pimpinan kerajaan dan melabel Perdana Menteri sebagai zalim.

“Sebelum ini, saya pernah bertanyakan kepada mereka apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan zalim, namun tiada jawapan dinyatakan sehingga kini,” katanya.

Kredit: Sinarharian

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...