Fenomena berlumba-lumba bagi anak makanan kesihatan untuk kecerdasan otak ini dah bermula banyak tahun. Maklumlah ibu bapa sekarang kebanyakkannya tergolong dalam golongan elit dan berstatus siswazah paling minimum pun diploma. Tu tak ambil kira lagi golongan ibu bapa yang graduate dari Universiti luar negara.
Ketakutan mereka memiliki anak yang lembab memberikan peluang perniagaan pada produk berkaitan makanan kecerdasan yang rata-rata menekankan pemakanan sunnah naik seperti cendawan selepas hujan. Kami tidak anti pada produk kecerdasan minda namun ada sesetengah pihak terlalu mudah menjadi " penunggang agama " untuk melariskan jualan produk mereka.
Kami ingin berkongsi cerita dari seorang netizen yang paling menarik ialah roti sapu majerin tabur gula yang menjadi hidangan beliau sejak kecil. Betapa bermaknanya air tangan seorang ibu dari produk-produk yang kita sendiri sebenarnya tak tau bagaimana diproses. Jom baca perkongsian Khairul Hakimin Muhammad.
20 tahun dulu yang emak kasi sebelum ke sekolah ialah roti yang disapu dengan mentega kemudian ditaburkan gula. Lalu dibakar dalam 5-7 minit sekadar nak beri garing. Ada juga Milo panas yang dibancuh dengan 2-3 sudu Nestum.
Balik dari sekolah, yang paling saya ingat emak siapkan nasi putih panas-panas, ikan goreng yang digaul bersama dengan kicap. Makanlah kau bersungguh-sungguh.
Bapaklah sedapnya Ya Tuhan. sekarang, buat sendiri tak jadi-jadi. Tangan emak sentiasa penuh dengan magik.
Kadang-kadang mewah sikit abah beli ikan tenggiri. Emak masak kari atau goreng garing kemudian emak buat sambal. Goreng sekali lagi kasi betul-betul bergaul rencah sambal dan ikan. Peh berebutlah nak makan. Ada pula sayur taugeh yang dimasak dengan santan cair.
Makan malam, asal masih ada lauk. Biasanya emak masak banyak terus hari siang. Malam emak akan goreng-goreng sahaja jika ada sesiapa yang nak makan. Biskut kering banyak stok. Kau boleh pilih nak cicah dengan air apa sahaja. Itupun kalau kau rajin.
Ada juga roti, seri kaya dan mentega kacang di atas meja. Ulanglah kau sampai pengsan nak makan banyak mana pun.
Itulah yang emak kami kasi kami makan 20-30 tahun dulu. Kalau nak kata makan kismis jadi pandai macam anak-anak kau, entahlah.
Mungkinlah betul, cumanya apabila kau beri contoh yang ia mempunyai ekzosteriodpetuipetui entah apalah yang kau kata itu, saya sudah rasa satu macam.
Mula-mula duk sebut pasal Sunnah, kemudian kau tengok orang tak berapa kuat nak membeli kau pun guna istilah-istilah power yang lagilah kami semua tak faham.
Kadang-kadang nak jadikan anak kita pandai ini, hanya beri dia makan makanan berkhasiat sahaja. Bab dia nak menghafal ke, nak kuat membaca ke, nak kasi dia ingat lebih ke mungkinlah ada produk-produk yang betul dan bagus, Cuma tolonglah tidak terlalu hard sell sampai ke tahap cakap ke kita
“Bang, kalau abang tak ambil ni, jangan menyesal 10 tahun lagi anak abang tercicir belajar.”
Eh kau. Kau nak cuba rasa tercicir lepas kena lempang dengan tangan kidal abang?
Juallah produk yang bagus dengan penuh hemah. Dan kau akan dapat hasilnya. Saya bukanlah nak kecam semua dengan pukul rata, cumanya ini sudah kali ke empat belas ribu disogok suruh beli kerana nanti bolehlah saya cerita di wall Facebook saya.
Aduh lagi aku hangin. Nak kasi anak aku pandai ke nak kasi dia untung seorang-seorang?
Emak-emak kita dulu, beri anak-anak makan dengan siap selawat bagai semasa memasak. Mungkin sebab itu Tuhan itu sentiasa dorong anak-anaknya rajin belajar dan membina hidup baik-baik.
Kadang-kadang, kau makanlah kismis empat tan seminggu pun, namun jika beli kismis itu dari duit haram dan tidak verify halal dari Jakim, sudah tentu sukar nak dapatkan keberkatan.
Jadinya berbalik kepada topik makan tadi, sama juga kalau kau suka sangat makan Kedai Minah. Minah itu pula jenis tak suka basuh tangan lepas garu-garu ketiak.
Habis kau fikir senang kau nak ingat apa yang bini kau pesan barang apa kau kena beli sebelum balik? Eloklah kau kaji semula dalam-dalam kenapa kau selalu lupa dan tolonglah tak cepat sangat terus pergi beli kismis-kismis ini.
Yang bini pun, rajin-rajin juga tengok laki kau makan dekat mana, kau itu dahlah tak berapa rajin memasak, jadi kaji juga di mana laki kau suka lepak.
Tak pun, kalau dah malas sangat dan tak ada idea macam mana nak tawan kembali laki kau dari makan di restoran luar, kau tengoklah Facebook abang kau yang ini. Banyak resepi dia kongsi. Dan yang pasti no kismis-kismis. Kahkahkah.
Kredit: http://sehinggit.blogspot.my
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...