Sunday, 27 November 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


SHAH ALAM: Enam peserta bakal berentap di peringkat akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang bakal diadakan pada Ahad depan.

Penyanyi tersebut ialah Azharina, Zarul Husin, Intan Sarafina, Ameng, Gmie (Screen) dan Siti Sarah.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu 'Lagu Untukmu' dan gabungan 'Sandiwara' dan 'All  I Ask' pada malam separuh akhir itu selepas dia mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan. 

Pada minggu ini, kesemua peserta menyanyikan 2 lagu iaitu secara berduet dan juga secara solo.

Nora membuat persembahan yang baik namun gagal ke peringkat akhir.

Ini komen Nora ketika diumumkan tersingkir:

"Terima kasih kepada semua, ini merupakan satu pengalaman yang manis buat saya"

"Hanya tuhan yang tahu apa yang lebih baik buat saya"

"Terima kasih kepada krew GV3, 7 minggu kenal dengan korang semua"

"Terima kasih kepada peminat, sorry keraan tak dapat ke final.."

"Terima kasih kepada penaja Dato Seri Vida.."

"Go, dont give up!!..haha saya kata kepada diri sendiri"

Nora berkata demikan dalam keadaan sebak ketika berbual dengan Dato Seri Vida.

Kredit: PENMERAHDOTCOM & Mstar Online & BeritaMemey

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...