Anita menyatakan bahawa apa yang ditulis itu sekadar pendapat dan pandangannya sebagai penonton.
“Saya tak menonton pada malam konsert itu. Cuma saya terbaca banyak komen mengenai penyingkiran Elly termasuklah banyak yang menyalahkan Datuk Ramli MS. Apabila menonton siaran ulangan, baru saya faham” kata Anita.
“Lagi pula sebagai penonton yang mengikuti GV3, saya ada hak untuk melontarkan pendapat. Tidak sedikit pun status itu berbaur peribadi meskipun suami saya salah seorang penerbit di Astro” katanya lagi.
Jelasnya, tidak adil sekiranya status yang ditulis itu menjadi perdebatan peminat Elly. Pada masa sama, Anita tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana dia dan Elly tidak mempunyai sebarang masalah.
“GV3 adalah pertandingan nyanyian, jadi sudah semestinya juri mengambil kira soal persembahan dan vokal. Kalau terdapat kritikan mengenai aspek itu, bagi saya ia perkara biasa” ujarnya.
“Sepatutnya dia tak perlu terasa hati kerana orang lain pun kena lebih teruk. Jadi anggap saja sebagai dugaan. Lagi pun saya yakin dia sendiri sudah melalui banyak cabaran yang besar dalam hidupnya” katanya lagi.
Sebelum ini, Anita memuat naik status itu di laman Facebook miliknya pada Selasa lalu sehingga menjadi pertikaian hangat peminat Elly.
Inilah coretan Anita Baharom di lamanFacebook miliknya :
Ermmm dah tgok smlm…. x der laa hebat mana pun.. cantik memang cantik.. menarik.. tapi suara out… nak bandingkan yg lain power…. yg merudum sebelum ni pun.. makin better.. so whats d problem? Sepatutnya last week lagi patut dah bye2 .. kelaut dalam pegi nya.. tapi.. still ada lagi.. uishh
dok nak simpan sampai bila? Kesian laa perserta lain nyanyi elok2.. mantap2 power.. tak kan nak singkir yg kualiti..
Oo problem dia sebab masalah kena kritik? Ooo come on.. dunia industri seni penuh dgn kritikan.. alohhhh ..macam x biasa… dan pada saya laa.. beliau cakap yg betul pa..
Masalah peribadi tinggalkan d rumah seketika.. ketika bekerja ya…
Erm kadang2 malu rasa tgok awak lentok2 atas stage.. cubaa steady skit..
ramai yg cayaq merehe… .🙈
Peserta wanita yg lain relaxx and steady jeee … gituuu.. heheheheeh
Semoga Allah senantiasa memberi rahmat buat Cik.. d limpahkan rezeki utk Cik dan anak.. ameen
Percaya dan yakin pada Allah .. Allah yg memberi rezeki pd hambanya..
#dakubersuaradifbsendiri
#komenkuikhlas #apayangakunampak
Sekian wassalam.
#juridarirumah 😂😜 no berat sebelah peace ✌️😎😘
-pru14.tv-
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...