HARI ini berita mengenai pegawai Imigresen didakwa melakukan gangguan seksual ke atas salah seorang kakitangan wanita viral di media sosial.
Menurut sumber, beliau telah dikunjungi oleh suami kepada wanita yang dikatakan menjadi mangsa gangguan seksual pegawai tersebut. Sebelum ini pegawai tersebut berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika beliau berkhidmat di SPRM, perkara yang sama berlaku terhadap kakitangan SPRM. Jika perkara ini benar maka pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan terhadap beliau.
Sekiranya perkara ini palsu maka tindakan tegas perlu dikenakan terhadap sumber yang meviralkan berita ini di media sosial. Sebelum ini, beliau telah beberapa kali menyebarkan fitnah dan berita palsu terhadap beberapa orang kakitangan kerajaan.
Oleh itu kami mengesa pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci berkenaan perkara ini agar tidak ada pihak yang teraniaya.
Dari facebook sumber:-
Pagi ini saya ditemui oleh suami sesaorang yang menceritakan akan kisah isteri dia yang bekerja di Jabatan Imigresen Malaysia di mana Ketua Pengarah (saperti photo in) mengganggu isterinya. Khabarnya si Mamat ini masa di SPRM juga ada cerita yang sama. Penyakit suka nak tunjuk handal bawa bini orang sampai ke katil ni, memang ada pada manusia. Saya tidak mengaibkan ya.. saya tidak melanggar seksyen 504. KK dan SKKM.. Saya ditemui oleh suaminya sendiri. Saya cuba menasihatkan suami atau isterinya buat aduan Polis. Soalnya adakah Polis akan bertindak dan bagaimana perlindungan saksi dan pengadu.
Kredit: http://malaysianewsss.blogspot.my
Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...