Tuesday 20 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Lelaki Ini Memilih Serigala Sebagai Haiwan Peliharaan. Ini Sebabnya
Seorang usahawan di China membelanjakan wang sebanyak $144,000 (RM645,000) setahun untuk memelihara serigala.

Serigala bukanlah haiwan yang jinak dan manusia perlu berhati-hati untuk menjaganya sebagai haiwan peliharaan, tetapi lelaki berusia 71 tahun ini tidak mengambil peduli akan hal itu.


Usahawan yang bernama Yang memelihara 150 ekor serigala. Semestinya keluarganya tidak berasa gembira kerana perbelanjaan masa dan wang yang banyak terhadap "hobi" itu.

Namun, Yang merasakan semakin banyak masa yang diluangkan bersama haiwan tersebut, semakin besar kasih sayang yang dirasakan terhadap haiwan.


Minatnya bermula pada tahun 1988 apabila dia menjumpai seekor serigala betina yang terkurung dalam rumah salah seorang rakannya. Dia meminta untuk dilepaskan serigala tersebut.

Tanpa disangka-sangka, serigala tersebut melutut di kakinya seperti anjing selalu lakukan. Rakannya menghadiahkannya serigala itu dan beberapa ekor anak serigala.

Sepanjang tempoh itu, Yang hanya digigit sekali sahaja tetapi diselamatkan oleh sekumpulan serigala yang lain dan kemudiannya menyerang serigala yang menggigitnya.

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...