Myanmar diserang manusia pepijat.
Itu kenyataan akhbar rasmi negara ini, New Light Global Myanmar yang mengibaratkan penduduk Rohingya seperti pepijat, sejenis kutu busuk yang menghisap darah.
Media Myanmar ibaratkan Rohingya seperti pepijat
Menurut Arakan News Agency, akhbar itu turut melabel Rohingya sebagai manusia berakhlak buruk dan busuk yang menghisap darah penduduk negara ini.
Akhbar itu memetik kenyataan ketua propaganda Nazi, Joseph Goebbels yang menyatakan orang Yahudi juga manusia.
“Kita tidak boleh menyangkal perkara itu. Namun, pepijat juga adalah kutu yang bahaya kerana menghisap darah. Tugas kita adalah menghapuskan mereka.
“Rakyat Myanmar perlu sentiasa berhati-hati dengan ancaman dibawa manusia pepijat ini,” jelas akhbar itu.
Artikel itu mengesahkan Myanmar memang merancang penghapusan bangsa Rohingya apabila secara terang-terangan menyeru rakyatnya membunuh etnik Islam tersebut.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, media tempatan sering melabel penduduk Rohingya sebagai hodoh seperti raksasa dan terlalu jijik untuk diperkosa tentera Myanmar.
Salah seorang ahli politiknya baru-baru ini juga dilaporkan secara terbuka menggalakkan tindakan tidak berperikemanusiaan untuk menghapuskan etnik Rohingya dari Myanmar.
Kejadian serangan di pos kawalan di sempadan negara pada Oktober lalu turut dijadikan alasan kepada tentera Myanmar membunuh penduduk serta membakar kawasan perkampungan etnik Rohingya di negeri Rakhine hingga menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
Sumber: Utusan Online

Lagi Info Menarik Mesti Baca!
loading...