Saturday, 3 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


Bermula hari ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menyatakan bahawa melalui FELDA Global Ventures Berhad (FGV) memperkenalkan minyak masak sawit bersubsidi dalam botol dengan saiz 1 liter.

Untuk pengetahuan anda, minyak masak sawit bersubsidi yang dibotolkan itu diusahakan oleh anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) atas jenama Tiara.

Selain itu, minyak masak sawit dalam botol dengan saiz 1 liter itu dipasarkan dengan jenama Tiara dan dijual dengan harga RM2.95 seunit.

Dengan usaha DOPSB yang memperkenalkan minyak masak sawit bersubsidi dalam botol ini adalah dibawah program subsidi minyak masak sawit yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kini, minyak masak sawit bersubsidi jenama Tiara boleh didapati di rangkaian pasaraya-pasaraya The Store dan AEON BIG di kawasan Lembah Klang. Akan datang, penjualan minyak masak ini akan diperluaskan ke pasaraya-pasaraya lain.

-pru14.tv-

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...