Wednesday, 7 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...
Menurut statistik Pasaran Buruh di Malaysia, jumlah pengangguran di kalangan rakyat Malaysia pada bulan Febuari 2016 hampir tidak berubah berbanding Januari 2016.

Untuk bulan yang ketiga berturut-turut, kadar pengangguran adalah pada 3.4%.

Walaubagaimanapun ianya merupakan peratusan paling tinggi yang pernah dicatatkan semenjak bulan November 2013. Menurut laporan tersebut juga, lebih setengah juta rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan dan sedang menganggur.

Jumlah tenaga kerja di Malaysia meningkat dengan sangat perlahan dan ianya tidak menggambarkan sesuatu yang baik ketika ini. Terdapat juga jangkaan oleh pakar pasaran pekerjaan bahawa kadar pengangguran di negara ini akan melonjak kepada 3.5% secara purata, berbanding 3.2% yang direkodkan tahun lalu.

"Lebihan pekerja yang tidak diperlukan sekitar bulan Mac hingga April 2016 kebanyakkannya dalam sektor pengilangan. Intel Malaysia dalam perancangan untuk melepaskan 10% daripada jumlah keseluruhan 13,500 pekerja mereka di Pulau Pinang dan Kulim, sejajar dengan sasaran mereka untuk mengurangkan 11% tenaga kerja mereka di seluruh dunia yang kini seramai 107,000 orang."

Awal bulan lepas juga melihat British American Tobacco (BAT) mengumumkan penutupan kilang serta operasi mereka di Malaysia, yang dilihat akan memberi kesan kepada lebih 200 orang pekerja di pelbagai peringkat.

Selain itu, syarikat minyak dan gas kebanggaan negara, PETRONAS juga tidak terkecuali dengan penstrukturan semula syarikat yang dijangka akan menyebabkan kehilangan lebih daripada 1000 tenaga kerja mereka di seluruh negara.

BACA JUGA: Tiada Tempat, Kerajaan Gesa Bakal Doktor Buat Kerja Lain

Dengan ketidak tentuan pasaran minyak dan gas dunia, lebih banyak syarikat tempatan dan antarabangsa akan bertindak balas dengan mengurankan kos operasi mereka melalui cara pembuangan kakitangan untuk jangka masa enam bulan yang akan datang.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja sedia ada, malahan para graduan yang baru sahaja tamat pengajian di institusi pengajian tinggi akan turut merasai kesannya.

Kredit: mybuletin.net

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...