Saturday 3 December 2016

Info Menarik Yang Anda Mesti Baca:

loading...


KUALA LUMPUR: Menganggap masalah Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan, perdana menteri tidak kisah jika ketegasan Malaysia menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

Berucap di Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mempedulikan kerajaan Myanmar yang menyatakan rasa tidak senang terhadap penyertaannya dalam acara itu.

“Myanmar anggap saya campur tangan dalam urusan (dalaman mereka). Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar, nak beritahu kepada (kaunselor negara) Aung Sang Suu Kyi – ‘enough is enough’,” katanya disambut sorakan kira-kira 10,000 hadirin yang kebanyakannya etnik Rohingya.

Beliau berkata demikian menjawab permintaan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar U Zaw Htay agar Malaysia tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

“Saya hadir bukan atas nama Najib Razak, tetapi atas nama ummah dan rakyat Malaysia. Tiada himpunan yang lebih mulia berbanding atas nama Islam,” katanya lagi.

loading...
Piagam Asean menyatakan negara anggota tidak boleh mencampuri hal ehwal dalaman negara anggota lain.

Najib bagaimanapun mengingatkan piagam serantau itu juga mempertahankan hak asasi manusia.
“Mereka hanya baca satu bahagian sahaja, tak baca bahagian lain (yang) sebut Asean juga perlu menegakkan hak asasi manusia,” katanya.

Dalam menegaskan peranan Asean, Najib juga mencadangkan agar Presiden Indonesia Joko Widodo agar turut mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menyatakan bantahan mereka.
Indonesia mempunyai jumlah penganut Islam paling ramai di dunia.

Najib kecam Suu Kyi

Najib turut mengecam pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang menurutnya enggan berjumpa wakil Malaysia membincangkan isu hak asasi manusia itu.

“Saya suruh Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Anifah Aman) pergi jumpa tetapi Aung Sang Suu Kyi kata ‘saya tidak ingin berjumpa anda jika mahu berbincang tentang isu Rohingya’.

“(Jika begitu) Apa makna Asean sebagai sebuah komuniti, apa makna Anugerah Nobel?” katanya lagi.

Kredit: freemalaysiatoday.com

Lagi Info Menarik Mesti Baca!

loading...